TUTORIAL HILANGKAN VIRUS SHORTCUT MENGGUNAKAN COMMAND PROMPT ( CMD )

Pelik ke? Eh hahaha tak pelik lah, serius ni kita sekarang di zaman windows 10 pun masih ada lagi virus shortcut ni tau! Masih berlegar-legar di komputer anda hehe. Hm admin pun tak tahu sejak bila virus ni mula ada dan dicipta, tetapi sejujurnya virus shortcut yang korang takutkan sangat terutama daripada golongan girls ni, virus tersebut dicipta daripada kos asas tau, admin ulang semula ” KOD ASAS” yang masih dapat menyusahkan kita sehingga lah sekarang ni dan mungkin selama-lamanya? Hmm. Apa-apa pun virus ni kebiasaannya memang akan berada di laptop/komputer dan yang paling menyakitkan hati yang di dalam pendrive korang semua. Lagi-lagi semasa nak print assignment tetapi file assignment korang tu hilang, mesti gelabah bukan? Hahaha kesian korang tau. Okay meh sini admin nak ajar cara yang paling-paling mudah lah admin rasa korang mesti boleh buat punya!

Mudah je, korang kena hafal command dia je serius sumpah senang gila. Nanti one day kalau ada kawan korang yang alami perkara sebegini, boleh lah korang berlagak jadi hacker berjaya! Serius senang, senang seperti menghafal nombor telefon boyfriend/girlfriend korang hehe.

Okay cara dia begini :

  1. Tekan butang Windows + R , kemudian taip cmd dan tekan OK.
  2. Kemudian halakan cmd ke pemacu usb korang.
  3. Taip ayat command ni, del *.lnk dan tekan Enter.
  4. Seterusnya, taip lagi, attrib -h -r -s /s /d F:*.* ( untuk pengetahuan korang F tu adalah label untuk pemacu korang. Nanti korang tukarlah jika hurufnya berlainan )
  5. Akhir sekali, tekan Enter dan tunggu sehingga selesai.

Okay disini merupakan contohnya kalau korang tak faham.

Jangan malas nak hafal command yang teramat-amat simple ye. Sekian 😀